Wednesday, August 05, 2009

ZINA akan berterusan walaupun dah diijabkabul..?!?

ini cik cikin dapat dr email.. wallahuallam.. jauhkanla diri kita dr perkara yg dtgkan zina..

****************************

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara-mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... wallahuallam...

tp ada juga yg mengatakan bahawa.. jika kandungan br 2 bulan.. bayi yg dilahirkan bole ber'bin' kan bapanya.. wallahuallamm.. sesiapa yg ada hadith yg bole merungkai perkara ini.. jomla kongsi bersama ya..:)

9 comments:

anaklaut said...

salam..cikin,

terima kasih singgah memberi komen,

cikin,..."pelangi selalu dikaitkan dengan cinta. Pelangi yang pelbagai warna itu bersamaan kehidupan yang penuh warna-warni, pelbagai rencah kehidupan yang pelbagai yang dihadapi oleh manusia.

pelangi juga selalu dikaitkan dengan kecantikan, warnanya memukau sesiapa yang memandang seandainya di dalam seseorang itu ada jiwa, ada rasa,


cikin,

Merah untuk gairah yang tak pernah padam,
Kuning untuk keceriaan yang kau pancarkan,
Hijau untuk kesederhanaan dan kedamaian,
Biru untuk kepercayaan yang tak tergoyahkan,
Dan ungu yang menyiratkan misteri hati,
Engkaulah itu yang ada di pucuk pelangi,
menyiram jiwa seseorang dengan berjuta warna dan rasa,

ya, pelangi datang cuma seketika, itulah lumrah, namun saat kehadiran pelangi, pasti kita akan rasa teruja dan merasai kebahagiaannya..

anaklaut

p/s: entri cikin yg sangat menarik..:)

Ika Razak said...

yeke macam ni... kat umah ika ade sorang kakak tu kawen macam ni la. abis tu skarang ni anak kedua , ketiga n keempat die tu anak haram gak la ek. ish ish kesiannye.

mintak dijauhkan la dari ika mende tak baik macam ni..

cikin said...

salam anaklaut,

wahhh.. indahnya..:) trima kasih anaklaut..;) yup.. pelangi hanya dtg seketika.. saat kehadirannya mmg kita teruja..;)


ika,

nauzubillah kan.. huhu.. *suruhla dia nikah balik.. hoho..;P* -tp ni kalo ada hadith lg bagus kan.. ada sesiapa yg ada hadith berkenaan perkara ni.. silala share ya..;)

caluk@cencaluk said...

nie ade e-book bacalah

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KertasKerja/M1%20AnakTakSahTaraf.pdf

c-idah said...

nauzubillah....

berdetub detab jantungku
tatkala membacanya..

minta dijauhkan tuhan dari
perkara ini terjadi...

hakikatnya dh banyak berlaku
peristiwa sebegini..

selisih malaikat 44!!

c-idah said...

sal lah comment dok hilang ek..

kehampehan sungguh...:(

cikin said...

caluk,

thanks caluk sbb sudi kongsi kat sni..;)


kak c-idah,

hehehe.. ade je comment akak..;) jgn risau.. hehe..:) btul tu.. nauzubillahhh... minta dijauhkanlah bender2 cmni dr kita kan...

caluk@cencaluk said...

no problem ilmu kena kongsi baru berkat he he

cikin said...

hehehhe... btul tu... setuju sgt2.. hehe..;P