Wednesday, August 26, 2009

Kisah "Kasih Sayang", "Kejayaan" dan "Kekayaan".

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan? "Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita.."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan menjadi tetamu kami.

"Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

7 comments:

asleenda said...

alahai...so sweet..
cerita penuh makna....:)

caluk@cencaluk said...

nak cari kasih sayang nie kat bank ke he he

c-idah said...

ahhhhhhh....

syahdu membacanye..
sungguh syahdu......

betul tu..sokong sangat2..

said...

di mana ada bl0g cik cikin..
acu yanie pasti singgah mengkomen...

he he he....

Ika Razak said...

rase mcm nak curi masuk dalam blog ika je.. hehehehe... :)

dilla-ady said...

oooo...sweeeeetttnyeeeee citerrrr niieeee...

suke la cikin...

cikin said...

leenda,

heheheh... btul2.. mmg banyak maksud tersirat kan..;)


caluk,

hahhahaha.. byk kasih sayang tu kat saner..;P


kak c-idah,

hehehe.. btul2.. cikin pon sokong.. ;D


kak yanie,

hehehhh.. best2..;) dtg2la selalu tau .. hehehe..;D


ika,

hahhahaa.. diundang kan..;P


dilla,

hehe.. btul2.. byk2 kan kasih sayang tau.. hohohoh..;D