wallahualam... pada kawan2 yg ada lebih info mengenai ini.. harap dapat kongsi ya.. saya pun xtau dr mana poco2 ni mula.. ditarikan dari kiri ke kanan ke..
sekadar berkongsi.. kalo salah info ni sila betulkan saya.. terima kasih..:)
petikan dr email yg cikin dapat:
****************
Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela). Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar.
Mari sama-sama baca emel ini :
"Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan." MasyaAllah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM....
p/s: kalo kita menari secara kanan ke kiri shj.. dan tiada depan ke blakang.. takpe ke.. ?
NASI DAGING UTARA
2 months ago
4 comments:
syeqyn..ryna pun ada baca..sblm nih mmg ada join..kalau kursus kat intan atau induksi..mesti ada buat kan..org atasan tau x? mcm polis dah jd budaya..
ryna,
hmmm... tula.. takut kan.. kenkonon nak seronok2 guper2nyer ade maksud tersirat rentak tari dia.. huhu
uishh..x mau poco2 lagi laaa...gelek mari gelek
aien,
tula.. meh2 kiter gelek2 smbil begolek.. ;P
Post a Comment