Assalamualaikum... BUAT SAHABAT2KU.... SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK... SEMOGA IBADAH ANDA SEMUA DI TERIMA ALLAH...AMIN
nih ade sket.. utk dikongsi bersame.. fadhilat smayang terawih...
someone is leaving, ~~syaitanla..~~
because... Ramadhan is coming...
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya(sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiapbatu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orangsembahyang terawih sepertimana yang telahdikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkanmutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersihdaripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan iabersembahyang terawih, serta Allah tiadamenyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskanbaginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawihpahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi- Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allahsesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikandarjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahalasekelian orang yang mati syahid dan orang-orangsolihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalamSyurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat amandaripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakankepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekaliberdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih padamalam ini ketangkasan melintas atas titianSirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakankepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakankepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beripenghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga,dan mandilah engkau dariapda air syurga yangbernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi MuhammadS.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."
Alhamdulillah,...Mudah2an kiter sumer yang beragama Islam dapat menunaikan solat terawih nih dan mendapat fadilat2 yang dah disenaraikan diatas,....Insyallah,...Jom reramai memenuhkan masjid dan surau2 ramadhan nih,...... :-D
Monday, October 18, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment