Sunday, May 31, 2009

schedule sayer full btul smlm.. :P

hehe.. pepagi dh kner bangun *xdela pg sgt pun* sbb dh kner ade kt GSC 1 Utama kul 11am.. ni sponser by HP.. tgk citer monster vs alien.. *best citer nih.. digalakkan korang g tgk yer..hehe..:)*

macih kat abang sayang sbb bg tunjuk ajar cmner nak g 1 Utama from my house.. huhu.. slalu org je yg dok bawakkan.. kali ni kner drive s'diri lak.. but nway.. tambah lg 1 destination yg cik cikin tau cmner nak pi kan..:) *betambah ilmu pengetahuan t'tg jalan raya ni sket*

alhamdulillah.. pi sner x sesat.. but dlm 1 Utama lak leh sesat sbb nak cr GSC xjumper.. n thanks to Azlina sbb bg tunjuk jalan thru phone.. hehehhe..:P

pas bis tgk citer ni.. sesi pengambaran pun bermula.. ehehhhh..:P

ya.. ya.. cik cikin mmg suker begamba..:P n lucky me ada c's n cik abang yg suker tgkap gamba.. hehe..:D

ni la my bro yg comei..:) teka la umo dier brape... hehehe..:P

posing2 lg..:) cian lak cidin kner layan kakak dier ni berposing.. hehe..;P

oohhh.. adikku dh kepenatan begamba.. smpi terbaring2 dier..:P

pastu kitorang g makan kat chilis.. cidah belanjer.. *cik cikin just bayar 35% from d' total amt jer..:P*

pas bis makan.. kitorg jln2 jap kat 1 Utama ni.. then g solat.. lepas solat kitorg pun balik.. sampi gumah dh asar.. mandi2.. siap2.. *tuka baju jer.. tudung ngn slua sarung balik td nyer* g gumah mak ngah kat gombak lak.. sbb nak follow pak ngah g umah mak ngah atie kat rawang *cik cikin drive ms ni ayah xle nak ikut - xsihat n cik cikin again 'TAK TAU JALAN G SANER' huhu..*

ooohh br perasan.. cik cikin ada byk baju kaler merah..

ni kali kedua rasanyer smpi kat umah baru mak ngah atie ni..:) dorang ada wat makan2 sket.. :) yup.. ape lg.. mohla kiter begambar yer..:P

besar gumah mak ngah atie ni..:) *duer2 dh dapat title PAKAR dlm bidang kedoktoran ni.. :) ni taman kecik kat tepi gumah dier*

BBQ elok utk kesihatan.. btul2..:) jd menu utk mkn2 kat umah mak ngah atie is segalanyer t'tg BBQ.. hehe..:D

sungguh tekun memasing.. n kitorg makan sushi buatan mak ngah atie gak..:) sedappp..:D

lastly.. towards d' end cik cikin pun begambar la ngn si kecik Iskandar nih..:) cute kan..:) ni anak 1st abg man *my cousin* 2nd anak coming soon Oct nih..:) *dorg ni nak boikot xnak dtg wedding cik cikin ker.. huhu..:P*

Friday, May 29, 2009

Convo!!!! 2 :D

me still enjoyyyyy viewing my convo picas... hehe.. :D

ni masa tgh denga org bg ucapan kat dlm dewan.. hehe sempat lg tu..:P

kami ngn bunger fav cik cikin..:)

kitorg ngn Tega..:)

Tega, me n kak Farid..:)

ooo muker ku yg xcukup tdo.. *kner bangun awal huhu*

kitorang ngn kak farid..:)

erna, kak farid, us n tega..:)

Sanggup ke korang makan..!!!

huhu.. sayangnyer nak makan ice cream nih.. comei sgt kan.. cantik sangat.. klu dapat ni m'ti posing sakan la ngn ice cream ni.. hahhahaa..:P *opsss cik cikin mmg suker begamba*

Thursday, May 28, 2009

Convo..!!!!! :D

yeayyyyy..!!!! dh konvo.. cm tak puas je naik stage.. nak naik lg...!!! abang, jom sambung blaja lg.. nnti leh naik pentas lg.. hehe..:D

kenangan ms konvo ari tu..:)

ni begamba ngn mak n ayah tersayang..:) cidah jd photog hari ni..:P

ngn family kitorg..:)

jgnla tgk sayer.. malula sayer..:D

ayu2 begamba ngn my moms..:)

muke ku yg happy..:)

bis gak kiter blaja kan..:)

ooohhh... sayer nmpak kurus sgt ms ni... hehe..:P

hehe.. xpela.. salkan kiter dapat gak bintang kan abang..:)

Monday, May 25, 2009

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.
"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".


Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. seksok bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...
7. apa komen warga kita..?

Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran. Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia. Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.
Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

*jauhkanlah kita dari mendekati kepada perkara yang was-was*

Sunday, May 24, 2009

Cara buat bunga stokin

dlm entry yg lepas cik cikin ade mention tentang bunger stokin ni kan..:) cmni la cara cik cikin wat bunger stokin ni.. meh kiter kongsi samer2 yer..:D

*sori gamba xterang sgt.. tgkap guner hp sayer yg xdela canggih maner tp alhamdulillah dr xda hp kan.. huhu..:)*

bahan2 utk buat bunger stokin ni bole cr kat kedai bunga riben sbelah Sayang You kat dlm Semua House kt KL tu..:) kat kedai jual persiapan kawin pun ada jual rasanyer..:D

anggaran wat satu kuntum ni xsampai spuluh minit pun..:) so, jom DIY bunger stokin kiter yer..:)


~memuler potong stokin tu.. satu stokin tu cik cikin leh wat utk 2 kuntum bunger.. *satu stokin potong 10.. n leh la dpt 10 kelopak. tp ni smuer depends ngn kebesaran kelopak yg korang nak la.. makin kecil kelopak makin banyak la kuntum bunga bole siap ngn satu stokin..:) so, sblm beli budget dulu cmner nak wat bunger stokin korang yer..:)

~pastu part dawai lak.. *cik cikin satu dawai tu kerat tiga, so leh dpt 3 kelopak dlm satu dawai* utk wat kerinting2 tu, memuler lilit dawai tu kat lidi satay *lidi lain pun bole asalkan ukuran lilit dier kecik* pastu keluarkan dawai dr lidi nnti leh nmpak cm bentuk spring. kemudian regangkan sket jdkan dier kerinting2 cm dalam gamba tu.

~ pastu lilit dawai kerinting yg telah diregangkan kat mana2 acuan yg korang suker.. ms buat atas katil ni, cik cikin main sesuka ati jer wat ukuran s'diri coz nak capai botol bedak yg bulat jauh.. huhu..:P tujuan ada benda utk dijadikan ukur lilit utk dpt kuntum2 bunger ala2 sama gitu.. klu tak nnti adela satu pokok yg kecik ade yg besar nnti.. tp papepun ikut keselesaan masing2..:)



~amik stokin yg korang dh potong2 td dan balut dawai td.. jgn risau klu korangnyer dawai tu dh senget bagai.. coz pas dh kemaskan ikatan cm dlm gamba tu, kiter leh je alter bentuk dier.. bunger stokin senang nak betulkan balik tp bunger dip, ape yg dh korang bentukkan cmtula jdnyer korangnyer kelopak.. no turning back design.. hehe..:P

~ikat jer ngn benang.. kat gamba tu guner ala2 dawai coz malas nak turun katil cr benang.. cik cikin guner ape yg bole dicapai dr katil jer.. huhu..:P



~buat lg kelopak2 bunger tu untuk dicantum2 jd satu kuntum bunger.. bunger ni sukatila nak kelopak 5 ke.. 4 ker.. 3 ker.. 1 pun bole.. nak cantik lg letakla inti bunger *xingt org paggil ape* kat tengah kelopak2 tu ms cantum jd kuntum..

~ikat2 kelopak dan kemaskan.. lebihan stokin cam kat gamba atas ni korang gunting la sket.. nnti xdela kembung sangat lak bawah dier nnti bila dikemaskan..



~tadaaaa.. dh siap satu kuntum..:) nak wat kuncup ker.. kembang ker.. korang alter s'diri la yer.. cm dlm gamba ni memuler cik cikin wat kuncup.. pastu kuntum keduer nak yg kembang lak.. so kembang kan jer.. leh jer pusing2 kan kelopak tu cm ala2 bunger ros yg kuncup.. ikut kekreatifan masing2 yer..:D



haaa.. ni contoh bunger cik cikin yg dawai dier xdikritingkan.. so, step lilit2 kat lidi tu abaikan jela klu xnak kelopak dier kerinting ..


yg ni cik cikin letak inti dier.. so berseri la sket kan bunger ni.. hehhe..:) nak jdkan ujung kelopak dier tajam sket cmtu senang jer.. korang tekanla sket ujung dawai tu jd cm tiga segi.. tp jgnla tajam sgt.. pelik la pulak bunger korang tajam2 nnti.. tp papepun.. ikut kreatifan masing2.. :D

~ kelopak ni ukuran dier lilit kat botol bedak avon yg bulat tu..:) *guner botol yg diameter dier bulat pun bole.. ikut kebesaran kelopak yg korang nakla..

klu xpaham / ade sebarang pertanyaan *ceh mcm ade org nak tnyer jer..:P* tinggal la msg kat komen yer..:)