Thursday, January 29, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Magical 30
-Simple Acts that Make a Difference-
From GCC, TM
KEEP IMPROVING..
To get it done is good, to improve on it is better..:)
TERUS PERBAIKI DIRI..
Perbaikilah mutu, jangan sekadar siap sahaja..:)
From GCC, TM
KEEP IMPROVING..
To get it done is good, to improve on it is better..:)
TERUS PERBAIKI DIRI..
Perbaikilah mutu, jangan sekadar siap sahaja..:)
Labels:
Magical 30
Friday, January 23, 2009
HIDUPNYA HINDU MATINYA PUN HINDU
(petikan dari email)
wallahualam..
Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.
Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu. Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu ditanam komputer bersama uri tersebut?
Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya. Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu. Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi.
Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.
Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!
Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: 'Biar mati anak, jangan mati adat'. Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: 'Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai.' Oleh kerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan. Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita boleh mati dalam keadaan Islam?
Sedangkan Allah telah berfirman yang bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang Islam.'
Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam, daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi. Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu. Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang penyerupaan dengan amalan agama lain.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
'Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu.'
Dalam riwayat yang lain: '........... . .dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya).' Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau dibuang atau diubah.
Semuga bermanfaat. Wassalam
~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~.
(Surah Al Baqarah, ayat 208 )
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah An Nissa', ayat 150-151)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
Labels:
Pedoman
Thursday, January 22, 2009
TM CHINESE NEW YEAR TVC
TITLE: ‘AH NGAU, THE OX’

RATIONALE (ENG)
In life, there are two sides to everything. Is the glass half empty or half full? In the year of 2009, challenges and hardships are inevitable. At a time like this, focusing on the positive will help us move ahead. Even if our perceptions differ, our objectives are ultimately the same. TM’s Chinese New Year TVC is formed on the basis of uniting differences in opinion. It is also a timely message for all Malaysians to team up to overcome the difficulties together.
Since 2009 is the year of the Ox, the TVC plays on the contrasting qualities of the zodiac animal. Ah Ngau, having been born in the year of the Ox, is often compared to the animal. His mother never approves of his ways, choosing only to see the negative side of his character. Each time she criticises Ah Ngau, we see everyone else saying only good things about him. In the end, she realises what others see in him and starts to focus on the positive qualities of her son. Throughout the commercial, we also see different races uniting as one to iron out the struggles of miscommunication between the mother and her son.
RATIONALE (BM)
Dalam hidup, setiap perkara boleh dilihat melalui dua sudut, sama ada ianya baik ataupun buruk. Tahun 2009 bakal membawa pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu diatasi. Walaupun pandangan kita berbeza, namun halatuju kita tetap sama. Dengan dasar ini jugalah iklan Tahun Baru Cina TM diolahkan, iaitu menyatukan pendapat yang berbeza antara satu dengan yang lain. Pada masa yang sama, maksud yang ingin disampaikan bertepatan dengan masanya dalam mengingati rakyat Malaysia untuk bersatu menghadapi rintangan masa depan.
Memandangkan tahun 2009 adalah tahun Seladang, iklan ini berkisar tentang ciri-ciri Ah Ngau yang dilahirkan pada tahun seladang. Dia selalu dibandingkan dengan tabiat binatang ini. Ibu Ah Ngau pula sentiasa tidak bersetuju dengan cara hidup Ah Ngau dan hanya dapat melihati anaknya dari segi negatif. Setiapkali ibu Ah Ngau mengkritiknya, orang lain mempunyai pandangan yang sebaliknya. Akhirnya dia sedar bahawa Ah Ngau juga mempunyai sifat-sifat positif dan mulai menilai anaknya dari sudut ini. Sepanjang iklan ini, kita juga dapat melihat pelbagai kaum bersatu untuk menghubungkan pendapat yang berbeza-beza di antara Ah Ngau dan ibunya.

TM's Commercial
Magical 30
-Simple Acts that Make a Difference-
from GCC, TM
REBUTLAH PELUANG..
Dunia ini penuh dengan keajaiban yang menunggu kesediaan kita untuk memanfaatkannya..:)
GRAB THE OPPORTUNITY..
The universe is full of magical things patiently wating for our wits to grow sharper..:)

Subscribe to:
Comments (Atom)