Wednesday, November 26, 2008

Magical 30

-Simple Acts that Make a Difference-
From GCC, TM


FORGIVE OTHERS..
The weak can never forgive. Forgiveness is the attributes of the strong..:)


BERIKAN KEMAAFAN..
Hanya yang lemah enggan memaafkan. Kesediaan memberi maaf menunjukkan kekuatan..:)

Monday, November 24, 2008

Marketing Concept

A Professor was explaining marketing concepts to the Students:-

  1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: 'I am very rich. Marry me!' - That's Direct Marketing.
  2. You're at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says: 'He's very rich. Marry him.' - That's Advertising.
  3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call and say: 'Hi, I'm very rich. Marry me.' - That's Telemarketing.
  4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up and straighten your tie, you walk up to her and pour her a drink, you open the door (of the car) for her, pick up her bag after she drops it, offer her ride and then say: By the way, I'm rich. Will you marry me?' -That's Public Relations.
  5. You're at a party and see gorgeous girl. She walks up to you and says: You are very rich! Can you marry ! me?' - That's Brand Recognition.
  6. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: I am very rich. Marry me!' She gives you a nice hard slap on your face. - That's Customer Feedback.
  7. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: 'I am very rich. Marry me!' And she introduces you to her husband. - That's demand and supply gap.
  8. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and before you say anything, another person come and tell her: 'I'm rich. Will you marry me?' and she goes with him - That's competition eating into your market share.
  9. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and before you say: 'I'm rich, Marry me!' your wife arrives. - That's restriction for entering new markets.

Friday, November 21, 2008

today's life..:)

2 very d' very wonderful things happen in my life today.. for me its wonderful.. hehe..:)
  1. i said to my mom dlm keta ms nak g opis td.. "shikin teringin nak makan nasi lemakla mak.. kat maner ada jual nasi lemak yg bungkus2 ek" n guess what..! @ 10am, my mom called n she asked me to collect my nasi lemak with her.. terharu sgt2.. hehehh.. best2..:) thanks mom..:) you're d' best..:):)
  2. im outing with my c's n bro @ amcorp mall (during lunch). i pick them up around 1.00pm.. then chow to amcorp.. susah btul nk dpt parking.. lunch kitorg makan kat solero negori dlm amcorp tu.. ala yg jalan2 cr mkn penah smpi tu.. BEST..:) as usual - Din mmg mkn byk..:P

Wednesday, November 19, 2008

Magical 30

-Simple Acts that Make a Difference
(get from GCC, TM)


SPEAK UP
Everyone has their own idea.

SUARAKAN PANDANGAN
Setiap seorang mempunyai idea tersendiri.

Wednesday, November 05, 2008

Magical 30

-Simple Acts that Make a Difference
(get from GCC, TM)


SAY HI
Let us be the first one to greet.

BERTEGUR SAPA
Jadilah yang pertama memberikan salam.

Sunday, November 02, 2008

Sanggupkah Kita Buat Begini

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'

Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'

Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah! '

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.
'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak..

'Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.


Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

'Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

Saturday, November 01, 2008

Tanda² Sakit - This is Good Info ... .!!

Risalah ini bagus untuk anda semua...
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin.
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlakudi seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-Celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a. Kepala
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b. Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c. Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala
i) Bahagian atas. - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d. Sskit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga
Menandakan penyakit migrain.
e. Bisul terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f. Rasa Pening yang Memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. Loya / Muntah.
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) Air Kencing Berkapur
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat Bewarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Bewarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas/ Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.