Wednesday, March 07, 2007

hmmm... interesting.. but not all yg tepat..:P

binatang bdasarkn tarikh lahir kamu..

Tahukah anda bahawa tarikh lahir anda juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan dibawah!

Mmm... pasti anda akan mengenali diri anda dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

------------------
ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategoriini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular dikalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini.Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak dikenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untuk menjalinkan ikatan persahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun,sikap kamu yang gemar bergosip adakalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu,'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang disekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosimu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan.Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walaubagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

hmmmm.... eheeee.. mine monyet..!!!! haaaa.. 1st statement tu btul la kot.. but yg tang gosip2 ni btul ka..? hmmm ni kner tnyer org lain ni.. suker tarik perhatian org ek.. hmmm dlm x sedar kot syer tarik.. wakakakaa... erm.. tp bro..!!! kiter satu grp la... pttla kat gumh tu bising jer.. hahhahaa... ade geng rupernyer..:P waaaaa... c's urs 100% gud one la.. banggernyer dpt adik cmni..:P Din.. we need to change la.. xnakla jd monyet.. cm ape jer.. kiter jd cm kak idah nak..:) hehhee..:P

Tuesday, March 06, 2007

alhmdullah..:)

hehehe.... alhmdullah.. settle... senang jer... td sblm call Hjh Haliza tu, me call dulu asst. dier, Hjh Zakiah.. settle.. she said sorry.. hmmm.. sejuk hati..:) dh x marah dh.. kan elok klu org yg first me call tu jawab leklok.. xde garang2.. xde blame sesuker hati tnpa usul periksa.. kiter yg nak berdamai pon raser cm nak wujudkan persengketaan jer.. hahaha... dh strt merapu..:P

ok.. lega... settle.. hmmm d' RM85.00 pon syer xyah byr.. selamat duit.. n MARA, u hav to thanks to me too... *wink..wink* alhmdullah... thanks to Him and thanks to Pn Hjh Zakiah too..:) seronok..seronok..:) dh x geram dh..:) legaaaa sesangat..:) she said dorg kan tarik balik final letter tu.. ok.. Thanks Puan.. appreciate ur help + cooperation.. :)

marah ngn uitm..!!!!

hehehe... ni bab nak lepaskan rase marah.. eh marah ker..? geram jer kot.. smlm.. dh la pepenat balik dr kelas.. drive jem plak tu.. horror jer.. manual plak tu.. lenguh kaki.. but tht still can make me smile.. tgk panorama mlm yg cantik + lampu neon yg bergemerlapan *eh btul ka cmtu* hmm.. ok the story strt cmni..

balik2 jer rumah smlm.. i got a letter frm uitm.. they highlighted "GUGUR TARAF SEBAGAI PELAJAR UITM, SEMESTER DISEMBER 2006-APRIL 2007" haaa.. spe x tekejut.. klu ade heart attack ms tu gak la...... alhmdullh.. tenang jer ms tu.. :) sebb musababnyer dorg kua kan letter tu, 1st, they found me x register for ths sem.. waaa.. ni kes fitnah ni.. already registered, n my name listed in d' class what.. if my name listed, then it proves that me already registered.. hampeh.. kjer memain jer dorg ni.. at least call me first.. ask for confirmation.. or they can check in sys.. ok.. maybe their sys corrupted.. but my data is in there.. they can just call me kan..kan..kan.. kua kan la reminder letter dulu.. ni tak.. terus final letter... hampas gas btul la.. ni my future tau.. seselamber jer buat citer tipu.. geramm..geramm..

ok 2d reason, me, x byr lg yuran.. haa.. ni lg geram sihhh.. as far as i knw, me stll under MARA.. so the pymnt shld under MARA's responsibility la kan.. all ths while ok jer dorg relate ngn MARA.. nape biler sem ni plak hav prob.. aisehhh geram..geram... ke dorg ade scandal ngn MARA yg i dun knw..? did i miss s'thng..? hmmm... then sesedap raser jer suruh me byr RM85.00 for fees.. aik.. ni dh lebih nih.. ok.. Admit.. RM85.00 not as much as my yuran.. BUT... it stll money maa... wth that RM85 i can buy lot.. isi minyak keta pon bole melimpah ruah.. haaaa.... byk tuh... lantakla org nak kater i'm the kemut person ker ape ker.. but that's my money...!!! sesuker hati jer nak charge kat org.. ok, if syer salah.. bolela terima ngn rela hati.. but ths already over limits la.. not my fault.. their fault.. but they charge to me.. x adill.. x adil..

finally yg naikkan suhu kegeraman... when i called the person in charge.. dhla suare garang giller... pastu bolela plak dok blame me.. asking why i tak bg tau dorg.. they dun even ask for my confirmation.. just send me the final letter n now they blame me for not clarify to them earlier.. waaaa... sesedap jer pepagi kner leter... br jer korek telinger.. dier ni plak tmbh kan lg kekotoran kat telinger ku... hmmm... saba..saba.. pasni nak pi email trus kat HJh Haliza tu.. hope can settle ths thing by today.. waaaa... my future.... Ya Allah tolongla hambamu ini.. aminnn.... wish me luck ehhh... *klu btul they halau me out before i'm grad.. then u wait for my sue letter.. legal action la kan.. i got lot of proof saying tht i'm not guilty.. huhuhu... geram tahap gaban nih...:P

Monday, March 05, 2007

insafla shikinnn...!!!

k... ni nak insaf ni.. skejap jer msk blog nih.. pastu trus msk SAP.. jgn risau... hehehe... hmm.. as before, eager to write s'thing but the main thing to write still blurr...blurrr.. but no harm to write here kan... it's ma' page what.. :P ok.. 1st thing 1st... after this, hav to update s'thing in SAP byk wooo.. then, hav to remind my bos to approve the dlcm + SAP.. hmm.. ni anta mail jer..h e's not in d' off..:) + his schedule on 8th Mac..?!? later, cont. to fin all d' pymnt.. then.. send out an email to project manager to collect their GP Form.. then hav to settle wif the accrual thing.. pastu EA form.. min after, on9 training- admin things.. n forgot to mention here... me + my bos's nyer filing...:( seems like sket jer kan.. but some are loaded.. waaaa... insyaAllah.. u can do it shikin...!!!! ha dun forget to learn how to rqst for project in SAP... aiyaaaa... this new sys kan.. really naikkan headache ku la.. nway... my job bcome more interesting pe.. huahuahua... intersting ?!?!?!?!?!?! pape jerla...:P

Sunday, March 04, 2007

kopi.. very interesting..:)

Saya ingin kongsi bersama anda, agar kita sama- sama dapat menilai sebuah kehidupan yang ingin kita cari. Very interesting..........

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah profesor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu.....

Mereka berbual-bual dalam perbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka. Profesor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang nampak biasa dan ada yang kelihatan begitu mahal.

Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing- masing, profesor itu berkata; " Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah.

Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi." Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik.

Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah. Hanya alatnya yang berubah.

Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang sehingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Dengan itu nikmatilah kehidupan yang ada.....Dan hayatilah apa sebenarnya yang anda inginkan dalam kehidupan ini......